Thursday, 29 March 2012

CERITANYA SEPERTI INI- DRAMA DAN FILEM RELIGI

cintaku ibarat huruf- huruf yang terpatri di setiap helaian kitab.. power molep ayat ni.. Bukan apa entry kali ni saje nak cerita pasal filem/drama religi..religi= religion..filem/drama berunsurkan islamik..selepas kemunculan filem Ketika Cinta Bertasbih tulisan dari novel asal Habiburrahman El- Sherazy berjaya, banyak pula filem islamik dibuat oleh pengarah2 indonesia..antaranya kesinambungan dari KCB,, iaitu KCB2, KCB special Ramndhan, KCB meraih redha Illahi dan Sujud ke Sujud .ini hanya sebahagian filem yang diarah oleh Khairul Ummam.. Selain itu banyak lagi seperti Dalam Mihrab Cinta, Dibawah Lindungan Kaabah,Ayat2 Cinta, Emak Ingin Naik Haji, Kiamat Sudah Dekat dan terlalu banyak untuk disenaraikan..google la kalu nok tahu gak..sambutan yang tinggi di Indonesia telah menular di Malaysia selepas ianya ditayangkan...jadinya malaysia turut membuat filem religi juga terutamanya banyak ditayangkan dalam astro Oasis dan TV Alhijrah..padahal sebelum ini filem religi tidak mendapat sambutan yang baik di Malaysia.. antara drama/film  religi buatan Malaysia adalah Kitab Cinta, Nur Kasih, Nur Kasih the movie dan lain2..kenapa baru sekarang kita bangkit untuk membuat filem religi? adakah sebab filem religi indonesia begitu mendapat sambutan yang hangat? padahal sebelum ini Malaysia terlebih dahulu membuat filem /drama religi yang menarik iaitu drama Cinta Madinah dan filem Syukur 21..mungkin sebab ketika kedua filem/drama ini ditayangkan , kita masih jahil dan tidak dapat menerima cerita yang berunsurkan islamik..tetapi sebaliknya berlaku sekarang..

p/s: drama Cinta Madinah baru sahaja ditayangkan semula  di TV Alhijrah  minggu lepas..layan..
assalamualikum. ... x jawab berdosa ..kalau jawab sayang (ayt maria elena)...bye

Monday, 26 March 2012

Pen Pal KREKO

Tahu tak apa itu pen pal? yang pernah baca komik KREKO mesti tahu punya.. Pen Pal adalah ruangan untuk mendapatkan sahabat sehobi.. kat ruangan Kreko disediakan surat yang tersiar setiap isu.. Aku juga pernah berkenalan ngan pen pal.. aku pernah menghantar lukisan pada tahun  2004  dan lukisan itu tersiar di Kreko isu berapa ntah aku lupa.. jadi beberapa minggu selepas itu ada la peminat hantar surat..dalam surat tu macam- macam tulis.. aku ada 3 orang je pen pal semuanya dari Selangor.. dalam surat tu kitorang bercerita pasal anime, kartun dan sewaktu dengannya.. ye la dulu mane ada Facebook, hanya melalui pen pal dapat sedikit sebanyak berkongsi minat sehobi dengan orang yang jauh.

Kebanyakan surat yang aku terima dari pen pal aku sangat kreatif.. 

surat mesti calorful baru meriah


mesti mengandungi lukisan anime yang menarik dan kelakar

soalan yang bukan2 pun perlu seperti 'shopping kat mane'
"mata pelajaran yang diminati"?


sampul surat pun ada tulisan juga..rajinnya




itulalah mase kecik2 dulu..zaman penggunaan internet tidak meluas lagi.. bila baca balik surat2 tu lawak ketawa terbahak- bahak..mungkin contentnya yang pelik..hahaa..tapi aku gembira kerana pernah ber pen pal dan mempunyai pengalaman surat menyeret kreatif ni..




Sunday, 25 March 2012

Pengalaman Live Potrait

ye live potret..ingat senang ke..susah bhai nak buat live potret..tengok memang senang. Semasa di semester 4 aku paling tidak suka subjek drawing iaitu figure drawing..setiap isnin bermula lah kelas pukul 2 petang.. rasa mengatuk dan kemalasan untuk ke kelas.. aku lagi rela buat painting atau sculpture asal jangan figure drawing.. kelas 3 jam, kena lukis selama 3 jam live sambil berdiri.. x boleh duduk.. tiap2 minggu pilak tu..perkataan yg sering dengar dari mulut lecturer "xde quality of line" 

itu cerita dulu, sekarang aku lagi bersemangat apabila melihat beberapa artis yang giat menjalankan tugas melukis live potret di seluruh Malaysia..cam best je .selalu tengok diorang post hasil karya kat GSRFB..gempak..dan melalui komen/diskusi di sebalik gambar yang dipost itu aku sebagai pemerhati  dapat mempelajari sedikit sebanyak cara atau method untuk buat live potret..

tidak tahu dari mana mahu memulakan live potret, aku masih lagi tidak bersedia menbuatnya kerana mungkin kekangan masa, dan pendedahan dan mungkin juga faktor alam sekitar?masyarakat?..tak tahu la...
sabtu lepas 23/3/2012 akhirnya aku berpeluang juga melukis live potret..di wakaf che yeh...disuruh oleh Putra Helmy seorag pelukis  live potret di situ yg mungkin ramai sudah kenal jika berkunjung ke WCY.. jadi aku try la lukis muka dia..walaupun tak reti cuba je la..ye cuba je..bukan mati pun kena arang...hampir 20 minit aku buat dan hasilnya sangat jeng3...susah nak cakap xde bukti gambar..

btw aku salute pelukis live ni kerana mereka begitu gigih menghasilkan karya pada tempoh masa tertentu..aku pula baru nak belajar..ramai orang tengok aku lukis,,malu2 pun ada bila jadi tatapan umum semua golongan masyarakat..sifat malu ni harus dibuang..sebenarnya xde la malu sngt..selepas selesai melukis, aku meminta diri untuk pulang...ketika itulah lahir rasa menyesal kenapa aku tidak serius semasa belajar figure drawing..kalaulah masa blh undur...

pernah drawing live figure aku dikatakan macam "ais kacang" atau dalam maksud lainnya ia sangat cantik
( buruk)...woahahaha....tpi inilah pengalaman semasa menjadi pelajar..

Tuesday, 20 March 2012

WPAP YUSOF ISLAM



Posted by Picasa

Fotografi

      Gambar yang diambil ketika trip Fine Art yang menyeronokkan lagi meriangkan sekitar 2010- 2011..

                                                                                     
Basikal tua di belakang rumah



Kanak- kanak di muzium kedah


Menara Alor Setar 2011


Trip to Pangkor Island 2010


Masjid Zahir Alor Setar, Kedah


Shoot gambar budak kampung utuk final projek


Saturday, 10 March 2012

PELANCARAN BUKU OSD DI KOTA BHARU


Oki terlebih dahulu melancarkan bukunya di Kota Bharu 10 Mac 2012 sebelum pelancaran di Indonesia 11 Mac. Saya telah membeli kedua buku tulisan tersebut kerana begitu minat dengan lakonannya dalam filem dan drama . Bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Kelantan. Ramai peminatnya datang, malahan ada yang data luar daripada kelantang semata- mata untuk bersama mendengar talk Oki..
Sebelum pelancaran buku ini sebenarnya telah berlansung acara Bicara selebriti di Kelantan Trade Ceenter (KTC) pada 9 Mac 2012 jam 9.00 p.m. Buku tulisan oki berjudul 'melukis pelangi' dan 'sejuta pelangi'

Terima kasih juga kepada Oki kerana telah sudi menerima lukisan ini hasil tangan saya sendiri.. Pemberian ini pada sesi singing bersama Oki sebagai tanda terima kasih.
Semoga majlis2 sebegini terus diadakan dan kelantan bakan menerajui program2 berunsur dakwah.

Special buat rakyat kelantan, Oki telah membaca sajak bejudul Negeri Kelantan Seindah Namamu

OKI SETIANA DEWI: NEGERI KELANTAN SEINDAH NAMAMU



Negeri Kelantan Seindah Namamu: Oki Setiana Dewi




Oleh: Rossem

Artis itu memulakan ucapan  dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati nurani: Pertama kali aku datang ke Kelantan, lantas aku jatuh cinta pada Tok Guru, seorang yang luar biasa, zuhud dan sentiasa merendah diri.

Ribuan khalayak,  majoritasnya anak muda yang memenuhi gedung Kelantan Trade Centre (KTC) malam itu diam seketika  saat mendengar kata-kata yang dilontarkan artis cantik yang melakonkan peran Ustazah Ana dalam filem “Ketika Cinta Bertasbih” Oki Setiana Dewi.

 Khalayak sepertinya   terpukau bila sang artis pujaan mereka dengan suara penuh kelembutan   memuji negeri Kelantan dan Menteri Besarnya, Tok  Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Sekali pandang mungkin orang tersalah tanggapan,  apakah ia benar-benar seorang artis filem dan sinatron terkenal Indonesia, kerana  penampilannya  tidak seperti majoritas  artis-artis lain  yang sering mendedahkan aurat, sebaliknya Oki Setiana Dewi mengenakan jilbab labuh mentutupi sehingga paras dadanya.  Bertambah cantik dan ayu bila dipadankan dengan baju warna unggu yang dipakai malam itu.

“Oki memakai jilbab bukan disebabkan mahu  menghadiri acara “Bicara Selebriti” yang dianjurkan Kerajaan Negeri Kelantan, di Kota Bharu, tapi Oki memakai jilbab sejak usia 16 tahun dan sebelum berlakon filem” tutur Oki.

Ketika usianya 16 tahun   ia bertekad mahu menjadi seorang solehah , meskipun ia menyedari ilmu agamanya sangat minimum ketika itu. Namun telah tertanam dalam hati nuraninya satu perasaan bahawa perjalanan hidupnya kini menuju Allah SWT. Memakai kerudung adalah satu perintah agama,  untuk menjaga keselamatan wanita,  justeru tiada alasan untuk  muslimah mengingkarinya. 

Sehingga jika datang keinginan untuk melakukan hal-hal yang ditegah agama, ia teringat kerudung yang dipakainya, lantas tak jadi melakukannya. Kata Oki yang ketika itu tinggal di Batam, Riau bersama orang tuanya.

Namun memakai jilbab atau kerudung dalam usia muda pastinya banyak cabaran. Pernah orang bertanya, kenapa sih kamu pakai kerudung, bukankah itu pakaian Arab? Oki lantas menjelaskan, ini bukan pakaian Arab tapi pakaian Islam bagi muslimah. Beritahu Oki di acara bicara Selebriti malam itu.

Oki sejak dari kecil bercita-cita mahu jadi artis, namun setelah berubah ke jalan Allah dengan   memakali kerudung dalam usia 16 tahun, ia merasakan peluangnya untuk menjadi artis tertutup rapat. Cita-citanya harus dikuburkan  kerana mana ada direktor filem mahu mengambil wanita yang memakali kerudung sebagai artis. Lantas Oki bercita-cita pula mahu menjadi guru.
Selanjutnya,  kata Oki “Suatu hari, tanpa diduga,  terima telefon dari direktor filem. Kamu ditawarkan berlakon filem. Belum usai percakapan,  Oki beritahu, aku sekarang memakai jilbab. Mana bisa…Jawab direktor.  Bisa!”

Mendengar tawaran itu,  cita-citanya mahu jadi artis filem seperti hidup kembali.  Ia berlari ke musolla lantas  mengadu kepada Allah SWT. “Ya Allah, aku sekarang sedang berlari menuju-Mu. Manakala  rezeki  juga di tangan-Mu. Jangan persulitkan rezekiku lantaran jilbab ku ini. Namun paling penting, apakah dengan pekerjaan ku (rezeki) sebagai pelakon filem  kelak akan berpaling dari-Mu?

Oki diterima berlakon untuk filem “Ketika Cinta Bertasbih”  yang diangkat dari novel Islami terkenal hasih karya Habiburrahman El-Shirazy dan diberi peranan  sebagai ustazah Ana. Filem itu bukan saja diminati di Indonesia, bahkan Malaysia.

Menurut Oki, maklumbalas  yang diterimanya selepas publik menonton filem KCB, ramai remaja perempuan mula memakai kerudung. Ini adalah kesan positif yang diterima mereka lewat filem itu. Dan ini merupakan salah satu dari uslud dakwah. 

Mengakhiri  “Bicara Selebriti” Oki mendeklamasi sebuah puisi terkait dengan pengalamannya selama 4 hari di Kelantan dan kesempatan berjumpa dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz  Nik Mat di kediaman rasmi Tok Guru, di JKR 10. 
Negeri Kelantan Seindah Namamu
Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
 Duhai
Wajahmu nan indah
Persis Jeddah
Yang pernah ku lewati
Taat menjunjug al-Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah
 Tersentuh hati kudus ku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah ku duga
Bertemu seorang ulama’
Yang dicintai rakyatnya
Lalu…
Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit Cuma
 Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama’
Yang lembut… tapi tegas beribadat
Yang pengasih…namun tidak goyah
Pada percikkan kealpaan dunia
 Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu
Moga sejahtera selamanya
Memacu
Membangun Bersama Islam
Moga kita bertemu kembali
Selama berada di Kelantan, Oki juga meluncurkan buku novel terbaru beliau selepas novel pertama Melukis Pelangi di Perpustakaan Negeri Kelantan. Manakala pada pagi Jumaat Oki menghadiri kuliah mingguan Tok Guru di Medan Ilmu, Kota Bharu.
Seperti kata moderator pada malam itu, pengacara undangan dari TV Hijrah, Amim Idris, Negeri Kelantan sejak dulu menjadi tempat artis-artis yang berhijrah kepada kehidupan lebih Islami meluahkan perasaan dan isi hati mereka untuk  dikongsi bersama bagi menghidupkan dakwah Islamiyyah dan memantapkan iman.

Tahniah penganjur khususnya YB Ustaz Ahmad Bhaiki Atiqullah.

Wednesday, 18 January 2012

Sejarah Aliran Seni dan Perbandingan

SEJARAH ALIRAN SENI

        IMPRESSIONISME
              POP ART

·       Pengasas awal ialah Cloude Monet
·       Impressionisme adalah satu gerakan seni pada abad ke 19 yang bermula di paris.
·       Nama “impressionisme” diambil sempena nama lukisan Cloude Monet yang bertajuk “impression sunrise” pada tahun 1860 an.
·        Zaman kegemilangan seni impressionisme di perancis berlaku hampir sama dengan Negara lain seperti itali dan amerika.
·        Selain lukisan potret dan still life,lukisan pemandangan juga dihasilkan.
·        Aliran ini tak lagi memberi tumpuan terhadap bentuk dari segi kontur,volume dan garis sebalik nya lebih menumpukan aspek pencahayaan.
·        Oleh itu setiap karya yang terhasil dalam aliran ini lebih bersifat sederhana tidak seperti hasil karya realism.
·        Pada abad ke 19 masyarakat mula percaya aliran ini merupakan cara pandangan yang tulus terhadap kehidupan walaupun secara artistik.

·        Seni Pop ( Pop Art) merupakan pergerakan seni visual yang telah muncul pada pertengahan 1950-an di British dan selari dengan pengakhiran 1950-an di Amerika Syarikat.
·        Seni Pop secara luasnya, ditafsirkan sebagai reaksi kepada idea-idea dominant stail lukisan abstrak dan sebagai perkembangan kepadanya.
·        Walaupun pergerakan seni pop British mendahului Amerika, seni pop Amerika mempunyai asalnya tersendiri yang berlainan daripada seni pop British.
·        Di Sepanyol, pembelajaran seni pop telah digabungkan dengan lukisan bentuk baru yang muncul daripada asas krisis yang tidak rasmi.
·        Manakala Seni pop di Jepun adalah unik dan boleh dikenal pasti sebagai orang Jepun disebabkan oleh stail dan subjek yang biasa.
·        Seni pop dan pengurangannya dipertimbangkan untuk menjadi pergerakan seni moden yang terakhir dan pendahulu kepada seni postmodern.


CIRI-CIRI ALIRAN SENI

IMPRESSIONISME
POP ART
·        Ciri-ciri utama lukisan impressionisme adalah goresan yang kuat.

·        Selain itu artis impressionisme juga menggunakan warna-warna yang terang dan cerah


·        Kebanyakan pelukis pada zaman ini tidak menggunakan warna hitam dalam karya mereka.

·        Sapuan berus dilakukan secara cepat dan spontan.


·        Kebanyakan catan berkisarkan aktiviti sosial masyarakat dan temasya menyeronokkan.

.


·        Artis pop memfokuskan perhatiannya atas imej-imej biasa budaya popular seperti ‘billboards’, gambar kartun dari beberapa lukisan yang sederet, pengiklanan majalah dan produk pasaraya.

·        Lukisan  mengandungi gambaran kebudayaan pop seperti objek biasa yang dipilih daripada produk komesial Amerika dan rekabentuk pengiklanan.


·         Seni Pop juga menekankan lemen-elemen yang tidak menarik atau pertunjukkan seni yang tidak bernilai dalam sebarang kebudayaan.

·        Penggunaan komik dan gambaran penerangan, serta kandungan fotografik dan imej yang memudahkan.





TEKNIK/STYLE

IMPRESSIONISME
POP ART
·       Ringkas dan kesan cat yang tebal digunakan dengan cepat untuk merakam subjek tampa ketelitian terhadap lukisan yang dihasilkan.

·       Warna kelabu dan warna yang gelap dihasilkan dengan mencampurkan warna.dalam impress asli warna hitam dielakkan.


·       Cat basah ditindan keatas cat basah tanpa perlu menunggu warna itu kering.

·       Pelukis mewarna pada waktu petang untuk mendapatkan ‘effect desoir’kesan baying daripada cahaya  ketika petang atau senja.

·       Dalam karya Seni Pop kebanyakan artis menggunakan menggunakan warna-warna komplementer.

·       Warna yang digunakan biasanya disapu rata pada permukaan.

·        Dalam sesebuah karya Seni Pop,warna yang pelbagai digunakan  yang menghasilkan karya bewarna-warni.

·        Banyak karya dalam Seni Pop adalah berdasarkan imej-imej fotografi dan ianya terus diluahkan keatas kanvas.

·        Terdapat juga karya yang diadaptasi dari strip-strip komik seperti kebanyakan karya Lichtenstein






REVOLUSI

IMPRESSIONISME
POP ART
·        Menerapkan teori sains seperti pencampuran warna yang optimis yang menghasilkan ilusi warna-warna tersebut.

·        Fotografi yang ditenui pada zaman impressionisme telah membuatkan pengkarya- pengkarya  menkaji dengan lebih mendalam mengenai pergerakan objek dalam sesuatu ataupun suasana pemandangan yang menarik.
·        Seni pop dan Dadaisme telah menerokai kebanyakan subjek yang sama, seni pop telah menggantikan dorongan-dorongan anarki, yang bersifat sindiran dan memusnahkan pergerakan Dada dengan pengesahan kebudayaan massa artifak yang terpisah.

·        Seni Pop merupakan penyambungan kepada aspek-aspek tertentu stail lukisan abstrak seperti kepercayaan kebolehan untuk seni terutamanya bagi kerja seni yang berskala besar.

·        Seni Pop juga telah  menyebabkan   perkembangan fesyen berlaku dengan cepat dan  mendapat tempat di pasaran.








BIODATA ARTIS

IMPRESSIONISME
POP ART

 Claude Monet
·        Beliau dilahirkan pada 14 november 1840.
·        Beliau anak kedua dari pasangan Claude Adolphe dan Louis Justine.
·        Pada 20 May 1841 beliau dibaptiskan ke gereja tempatan paris,Notre Dome de Loratte sebagai Oscar Claude.
·        Pada 28 april 1851 monet dimasukkan ke sekolah menengah seni.
·        Beliau mula dikenali orang-orang tempatan dengan hasil karikatur dimana beliau menjualnya dengan harga 10-20 francs.
·        Beliau mendapat tunjuk ajar melukis pertama daripada Francois oscar iaitu anak didik awal Jacques Louis David.
·        Monet mula aktif apabila merantau ke Paris.Beliau duduk di tepi tingkap dan melukis apa yang dilihat.
 
Andy Warhol
·        Nama sebenar beliau ialah Andrew Warhola.
·        Dilahirkan pada 6 Ogos 1928  di Pittsburgh Pennsylvania U.S dan meninggal dunia pada 22 Februari 1987 di New york City.(58 tahun)
·        Mempunyai dua orang abang iaitu John dan Paul.
·        Mendapat pendidikan di Carnegie Mellon University.
·        Beliau merupakan penggerak kepada aliran seni pop art.
·        Selain menjadi seorang pelukis,Warhol juga menghasilkan pencetakan dan sebagai pengarah filem.
·        Selepas berjaya dalam kariernya sebagai pengilustrasi komersial,Andy Warhol terkenal sebagai pelukis,penulis dan pengarah rakaman.
·        Beliau begitu rapat dengan masyarakat sekeliling termasuklah selebriti hollywood dan aristokrat.




TOKOH ARTIS
IMPRESSIONISME
POP ART

·        Eva Gonzales
·        Armand Guillaumin
·        Johan Jongkind
·        William Irvine
·        Jacob Maris
·        Anton Mauve
·        Johm Henry Twacthman
·        Frederick Carl
·        Laura Muntz
·        Cloude Monet
·        Renoir
·        Jean Beraud
·        Eugène Boudin
·        Mary Cassatt
·        Gustave Caillebotte
·        Paul Cézanne
·        Lovis Corinth
·        Edgar Degas
·        Giuseppe De Nittis
·        Frederick Carl Frieseke
·        Nazmi Ziya Güran
·        Childe Hassam
·        Wilson Irvine
·        Zinaida Serebryakova
·        Valentin Serov
·        Alfred Sisley
·        John Henry Twachtman
·        J. Alden Weir
·        Konstantin Yuon
·        Federico Zandomeneghi
·        Andy Warhol
·        Roy Lichtenstein
·        Richard Hamilton
·        John Mc Hale
·        Nigel Henderson
·        Alison
·        John Wesley
·        Claes Oldenburg
·        Mel Ramos
·        Keith Haring
·        Robert Indiana
·        Jim Dine
·        Gerhard Richter
·        Robert Rauschenberg
·        Tom Wesselmann
·        John Lennon
·        David Hockney
·        Raymond Hains
·        Alain Jacquet
·        Susan Sontag
·        Mike Kelley
·        Jess
·        Guy Debord
·        Ken Adam
·        Sister Corita
·        Jack Smith
·        Donald Judo
·        Joe Goode
·        William Eggleston
·        Eduardo Paolozzi
·        Michelangelo Pistoletto