Monday, 26 March 2012

Pen Pal KREKO

Tahu tak apa itu pen pal? yang pernah baca komik KREKO mesti tahu punya.. Pen Pal adalah ruangan untuk mendapatkan sahabat sehobi.. kat ruangan Kreko disediakan surat yang tersiar setiap isu.. Aku juga pernah berkenalan ngan pen pal.. aku pernah menghantar lukisan pada tahun  2004  dan lukisan itu tersiar di Kreko isu berapa ntah aku lupa.. jadi beberapa minggu selepas itu ada la peminat hantar surat..dalam surat tu macam- macam tulis.. aku ada 3 orang je pen pal semuanya dari Selangor.. dalam surat tu kitorang bercerita pasal anime, kartun dan sewaktu dengannya.. ye la dulu mane ada Facebook, hanya melalui pen pal dapat sedikit sebanyak berkongsi minat sehobi dengan orang yang jauh.

Kebanyakan surat yang aku terima dari pen pal aku sangat kreatif.. 

surat mesti calorful baru meriah


mesti mengandungi lukisan anime yang menarik dan kelakar

soalan yang bukan2 pun perlu seperti 'shopping kat mane'
"mata pelajaran yang diminati"?


sampul surat pun ada tulisan juga..rajinnya




itulalah mase kecik2 dulu..zaman penggunaan internet tidak meluas lagi.. bila baca balik surat2 tu lawak ketawa terbahak- bahak..mungkin contentnya yang pelik..hahaa..tapi aku gembira kerana pernah ber pen pal dan mempunyai pengalaman surat menyeret kreatif ni..




No comments:

Post a Comment