cintaku ibarat huruf- huruf yang terpatri di setiap helaian kitab.. power molep ayat ni.. Bukan apa entry kali ni saje nak cerita pasal filem/drama religi..religi= religion..filem/drama berunsurkan islamik..selepas kemunculan filem Ketika Cinta Bertasbih tulisan dari novel asal Habiburrahman El- Sherazy berjaya, banyak pula filem islamik dibuat oleh pengarah2 indonesia..antaranya kesinambungan dari KCB,, iaitu KCB2, KCB special Ramndhan, KCB meraih redha Illahi dan Sujud ke Sujud .ini hanya sebahagian filem yang diarah oleh Khairul Ummam.. Selain itu banyak lagi seperti Dalam Mihrab Cinta, Dibawah Lindungan Kaabah,Ayat2 Cinta, Emak Ingin Naik Haji, Kiamat Sudah Dekat dan terlalu banyak untuk disenaraikan..google la kalu nok tahu gak..sambutan yang tinggi di Indonesia telah menular di Malaysia selepas ianya ditayangkan...jadinya malaysia turut membuat filem religi juga terutamanya banyak ditayangkan dalam astro Oasis dan TV Alhijrah..padahal sebelum ini filem religi tidak mendapat sambutan yang baik di Malaysia.. antara drama/film religi buatan Malaysia adalah Kitab Cinta, Nur Kasih, Nur Kasih the movie dan lain2..kenapa baru sekarang kita bangkit untuk membuat filem religi? adakah sebab filem religi indonesia begitu mendapat sambutan yang hangat? padahal sebelum ini Malaysia terlebih dahulu membuat filem /drama religi yang menarik iaitu drama Cinta Madinah dan filem Syukur 21..mungkin sebab ketika kedua filem/drama ini ditayangkan , kita masih jahil dan tidak dapat menerima cerita yang berunsurkan islamik..tetapi sebaliknya berlaku sekarang..
p/s: drama Cinta Madinah baru sahaja ditayangkan semula di TV Alhijrah minggu lepas..layan..
assalamualikum. ... x jawab berdosa ..kalau jawab sayang (ayt maria elena)...bye
No comments:
Post a Comment