Sunday, 25 March 2012

Pengalaman Live Potrait

ye live potret..ingat senang ke..susah bhai nak buat live potret..tengok memang senang. Semasa di semester 4 aku paling tidak suka subjek drawing iaitu figure drawing..setiap isnin bermula lah kelas pukul 2 petang.. rasa mengatuk dan kemalasan untuk ke kelas.. aku lagi rela buat painting atau sculpture asal jangan figure drawing.. kelas 3 jam, kena lukis selama 3 jam live sambil berdiri.. x boleh duduk.. tiap2 minggu pilak tu..perkataan yg sering dengar dari mulut lecturer "xde quality of line" 

itu cerita dulu, sekarang aku lagi bersemangat apabila melihat beberapa artis yang giat menjalankan tugas melukis live potret di seluruh Malaysia..cam best je .selalu tengok diorang post hasil karya kat GSRFB..gempak..dan melalui komen/diskusi di sebalik gambar yang dipost itu aku sebagai pemerhati  dapat mempelajari sedikit sebanyak cara atau method untuk buat live potret..

tidak tahu dari mana mahu memulakan live potret, aku masih lagi tidak bersedia menbuatnya kerana mungkin kekangan masa, dan pendedahan dan mungkin juga faktor alam sekitar?masyarakat?..tak tahu la...
sabtu lepas 23/3/2012 akhirnya aku berpeluang juga melukis live potret..di wakaf che yeh...disuruh oleh Putra Helmy seorag pelukis  live potret di situ yg mungkin ramai sudah kenal jika berkunjung ke WCY.. jadi aku try la lukis muka dia..walaupun tak reti cuba je la..ye cuba je..bukan mati pun kena arang...hampir 20 minit aku buat dan hasilnya sangat jeng3...susah nak cakap xde bukti gambar..

btw aku salute pelukis live ni kerana mereka begitu gigih menghasilkan karya pada tempoh masa tertentu..aku pula baru nak belajar..ramai orang tengok aku lukis,,malu2 pun ada bila jadi tatapan umum semua golongan masyarakat..sifat malu ni harus dibuang..sebenarnya xde la malu sngt..selepas selesai melukis, aku meminta diri untuk pulang...ketika itulah lahir rasa menyesal kenapa aku tidak serius semasa belajar figure drawing..kalaulah masa blh undur...

pernah drawing live figure aku dikatakan macam "ais kacang" atau dalam maksud lainnya ia sangat cantik
( buruk)...woahahaha....tpi inilah pengalaman semasa menjadi pelajar..

No comments:

Post a Comment