Thursday, 29 March 2012

CERITANYA SEPERTI INI- DRAMA DAN FILEM RELIGI

cintaku ibarat huruf- huruf yang terpatri di setiap helaian kitab.. power molep ayat ni.. Bukan apa entry kali ni saje nak cerita pasal filem/drama religi..religi= religion..filem/drama berunsurkan islamik..selepas kemunculan filem Ketika Cinta Bertasbih tulisan dari novel asal Habiburrahman El- Sherazy berjaya, banyak pula filem islamik dibuat oleh pengarah2 indonesia..antaranya kesinambungan dari KCB,, iaitu KCB2, KCB special Ramndhan, KCB meraih redha Illahi dan Sujud ke Sujud .ini hanya sebahagian filem yang diarah oleh Khairul Ummam.. Selain itu banyak lagi seperti Dalam Mihrab Cinta, Dibawah Lindungan Kaabah,Ayat2 Cinta, Emak Ingin Naik Haji, Kiamat Sudah Dekat dan terlalu banyak untuk disenaraikan..google la kalu nok tahu gak..sambutan yang tinggi di Indonesia telah menular di Malaysia selepas ianya ditayangkan...jadinya malaysia turut membuat filem religi juga terutamanya banyak ditayangkan dalam astro Oasis dan TV Alhijrah..padahal sebelum ini filem religi tidak mendapat sambutan yang baik di Malaysia.. antara drama/film  religi buatan Malaysia adalah Kitab Cinta, Nur Kasih, Nur Kasih the movie dan lain2..kenapa baru sekarang kita bangkit untuk membuat filem religi? adakah sebab filem religi indonesia begitu mendapat sambutan yang hangat? padahal sebelum ini Malaysia terlebih dahulu membuat filem /drama religi yang menarik iaitu drama Cinta Madinah dan filem Syukur 21..mungkin sebab ketika kedua filem/drama ini ditayangkan , kita masih jahil dan tidak dapat menerima cerita yang berunsurkan islamik..tetapi sebaliknya berlaku sekarang..

p/s: drama Cinta Madinah baru sahaja ditayangkan semula  di TV Alhijrah  minggu lepas..layan..
assalamualikum. ... x jawab berdosa ..kalau jawab sayang (ayt maria elena)...bye

Monday, 26 March 2012

Pen Pal KREKO

Tahu tak apa itu pen pal? yang pernah baca komik KREKO mesti tahu punya.. Pen Pal adalah ruangan untuk mendapatkan sahabat sehobi.. kat ruangan Kreko disediakan surat yang tersiar setiap isu.. Aku juga pernah berkenalan ngan pen pal.. aku pernah menghantar lukisan pada tahun  2004  dan lukisan itu tersiar di Kreko isu berapa ntah aku lupa.. jadi beberapa minggu selepas itu ada la peminat hantar surat..dalam surat tu macam- macam tulis.. aku ada 3 orang je pen pal semuanya dari Selangor.. dalam surat tu kitorang bercerita pasal anime, kartun dan sewaktu dengannya.. ye la dulu mane ada Facebook, hanya melalui pen pal dapat sedikit sebanyak berkongsi minat sehobi dengan orang yang jauh.

Kebanyakan surat yang aku terima dari pen pal aku sangat kreatif.. 

surat mesti calorful baru meriah


mesti mengandungi lukisan anime yang menarik dan kelakar

soalan yang bukan2 pun perlu seperti 'shopping kat mane'
"mata pelajaran yang diminati"?


sampul surat pun ada tulisan juga..rajinnya




itulalah mase kecik2 dulu..zaman penggunaan internet tidak meluas lagi.. bila baca balik surat2 tu lawak ketawa terbahak- bahak..mungkin contentnya yang pelik..hahaa..tapi aku gembira kerana pernah ber pen pal dan mempunyai pengalaman surat menyeret kreatif ni..




Sunday, 25 March 2012

Pengalaman Live Potrait

ye live potret..ingat senang ke..susah bhai nak buat live potret..tengok memang senang. Semasa di semester 4 aku paling tidak suka subjek drawing iaitu figure drawing..setiap isnin bermula lah kelas pukul 2 petang.. rasa mengatuk dan kemalasan untuk ke kelas.. aku lagi rela buat painting atau sculpture asal jangan figure drawing.. kelas 3 jam, kena lukis selama 3 jam live sambil berdiri.. x boleh duduk.. tiap2 minggu pilak tu..perkataan yg sering dengar dari mulut lecturer "xde quality of line" 

itu cerita dulu, sekarang aku lagi bersemangat apabila melihat beberapa artis yang giat menjalankan tugas melukis live potret di seluruh Malaysia..cam best je .selalu tengok diorang post hasil karya kat GSRFB..gempak..dan melalui komen/diskusi di sebalik gambar yang dipost itu aku sebagai pemerhati  dapat mempelajari sedikit sebanyak cara atau method untuk buat live potret..

tidak tahu dari mana mahu memulakan live potret, aku masih lagi tidak bersedia menbuatnya kerana mungkin kekangan masa, dan pendedahan dan mungkin juga faktor alam sekitar?masyarakat?..tak tahu la...
sabtu lepas 23/3/2012 akhirnya aku berpeluang juga melukis live potret..di wakaf che yeh...disuruh oleh Putra Helmy seorag pelukis  live potret di situ yg mungkin ramai sudah kenal jika berkunjung ke WCY.. jadi aku try la lukis muka dia..walaupun tak reti cuba je la..ye cuba je..bukan mati pun kena arang...hampir 20 minit aku buat dan hasilnya sangat jeng3...susah nak cakap xde bukti gambar..

btw aku salute pelukis live ni kerana mereka begitu gigih menghasilkan karya pada tempoh masa tertentu..aku pula baru nak belajar..ramai orang tengok aku lukis,,malu2 pun ada bila jadi tatapan umum semua golongan masyarakat..sifat malu ni harus dibuang..sebenarnya xde la malu sngt..selepas selesai melukis, aku meminta diri untuk pulang...ketika itulah lahir rasa menyesal kenapa aku tidak serius semasa belajar figure drawing..kalaulah masa blh undur...

pernah drawing live figure aku dikatakan macam "ais kacang" atau dalam maksud lainnya ia sangat cantik
( buruk)...woahahaha....tpi inilah pengalaman semasa menjadi pelajar..

Tuesday, 20 March 2012

WPAP YUSOF ISLAM



Posted by Picasa

Fotografi

      Gambar yang diambil ketika trip Fine Art yang menyeronokkan lagi meriangkan sekitar 2010- 2011..

                                                                                     
Basikal tua di belakang rumah



Kanak- kanak di muzium kedah


Menara Alor Setar 2011


Trip to Pangkor Island 2010


Masjid Zahir Alor Setar, Kedah


Shoot gambar budak kampung utuk final projek


Saturday, 10 March 2012

PELANCARAN BUKU OSD DI KOTA BHARU


Oki terlebih dahulu melancarkan bukunya di Kota Bharu 10 Mac 2012 sebelum pelancaran di Indonesia 11 Mac. Saya telah membeli kedua buku tulisan tersebut kerana begitu minat dengan lakonannya dalam filem dan drama . Bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Kelantan. Ramai peminatnya datang, malahan ada yang data luar daripada kelantang semata- mata untuk bersama mendengar talk Oki..
Sebelum pelancaran buku ini sebenarnya telah berlansung acara Bicara selebriti di Kelantan Trade Ceenter (KTC) pada 9 Mac 2012 jam 9.00 p.m. Buku tulisan oki berjudul 'melukis pelangi' dan 'sejuta pelangi'

Terima kasih juga kepada Oki kerana telah sudi menerima lukisan ini hasil tangan saya sendiri.. Pemberian ini pada sesi singing bersama Oki sebagai tanda terima kasih.
Semoga majlis2 sebegini terus diadakan dan kelantan bakan menerajui program2 berunsur dakwah.

Special buat rakyat kelantan, Oki telah membaca sajak bejudul Negeri Kelantan Seindah Namamu

OKI SETIANA DEWI: NEGERI KELANTAN SEINDAH NAMAMU



Negeri Kelantan Seindah Namamu: Oki Setiana Dewi




Oleh: Rossem

Artis itu memulakan ucapan  dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati nurani: Pertama kali aku datang ke Kelantan, lantas aku jatuh cinta pada Tok Guru, seorang yang luar biasa, zuhud dan sentiasa merendah diri.

Ribuan khalayak,  majoritasnya anak muda yang memenuhi gedung Kelantan Trade Centre (KTC) malam itu diam seketika  saat mendengar kata-kata yang dilontarkan artis cantik yang melakonkan peran Ustazah Ana dalam filem “Ketika Cinta Bertasbih” Oki Setiana Dewi.

 Khalayak sepertinya   terpukau bila sang artis pujaan mereka dengan suara penuh kelembutan   memuji negeri Kelantan dan Menteri Besarnya, Tok  Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Sekali pandang mungkin orang tersalah tanggapan,  apakah ia benar-benar seorang artis filem dan sinatron terkenal Indonesia, kerana  penampilannya  tidak seperti majoritas  artis-artis lain  yang sering mendedahkan aurat, sebaliknya Oki Setiana Dewi mengenakan jilbab labuh mentutupi sehingga paras dadanya.  Bertambah cantik dan ayu bila dipadankan dengan baju warna unggu yang dipakai malam itu.

“Oki memakai jilbab bukan disebabkan mahu  menghadiri acara “Bicara Selebriti” yang dianjurkan Kerajaan Negeri Kelantan, di Kota Bharu, tapi Oki memakai jilbab sejak usia 16 tahun dan sebelum berlakon filem” tutur Oki.

Ketika usianya 16 tahun   ia bertekad mahu menjadi seorang solehah , meskipun ia menyedari ilmu agamanya sangat minimum ketika itu. Namun telah tertanam dalam hati nuraninya satu perasaan bahawa perjalanan hidupnya kini menuju Allah SWT. Memakai kerudung adalah satu perintah agama,  untuk menjaga keselamatan wanita,  justeru tiada alasan untuk  muslimah mengingkarinya. 

Sehingga jika datang keinginan untuk melakukan hal-hal yang ditegah agama, ia teringat kerudung yang dipakainya, lantas tak jadi melakukannya. Kata Oki yang ketika itu tinggal di Batam, Riau bersama orang tuanya.

Namun memakai jilbab atau kerudung dalam usia muda pastinya banyak cabaran. Pernah orang bertanya, kenapa sih kamu pakai kerudung, bukankah itu pakaian Arab? Oki lantas menjelaskan, ini bukan pakaian Arab tapi pakaian Islam bagi muslimah. Beritahu Oki di acara bicara Selebriti malam itu.

Oki sejak dari kecil bercita-cita mahu jadi artis, namun setelah berubah ke jalan Allah dengan   memakali kerudung dalam usia 16 tahun, ia merasakan peluangnya untuk menjadi artis tertutup rapat. Cita-citanya harus dikuburkan  kerana mana ada direktor filem mahu mengambil wanita yang memakali kerudung sebagai artis. Lantas Oki bercita-cita pula mahu menjadi guru.
Selanjutnya,  kata Oki “Suatu hari, tanpa diduga,  terima telefon dari direktor filem. Kamu ditawarkan berlakon filem. Belum usai percakapan,  Oki beritahu, aku sekarang memakai jilbab. Mana bisa…Jawab direktor.  Bisa!”

Mendengar tawaran itu,  cita-citanya mahu jadi artis filem seperti hidup kembali.  Ia berlari ke musolla lantas  mengadu kepada Allah SWT. “Ya Allah, aku sekarang sedang berlari menuju-Mu. Manakala  rezeki  juga di tangan-Mu. Jangan persulitkan rezekiku lantaran jilbab ku ini. Namun paling penting, apakah dengan pekerjaan ku (rezeki) sebagai pelakon filem  kelak akan berpaling dari-Mu?

Oki diterima berlakon untuk filem “Ketika Cinta Bertasbih”  yang diangkat dari novel Islami terkenal hasih karya Habiburrahman El-Shirazy dan diberi peranan  sebagai ustazah Ana. Filem itu bukan saja diminati di Indonesia, bahkan Malaysia.

Menurut Oki, maklumbalas  yang diterimanya selepas publik menonton filem KCB, ramai remaja perempuan mula memakai kerudung. Ini adalah kesan positif yang diterima mereka lewat filem itu. Dan ini merupakan salah satu dari uslud dakwah. 

Mengakhiri  “Bicara Selebriti” Oki mendeklamasi sebuah puisi terkait dengan pengalamannya selama 4 hari di Kelantan dan kesempatan berjumpa dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz  Nik Mat di kediaman rasmi Tok Guru, di JKR 10. 
Negeri Kelantan Seindah Namamu
Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
 Duhai
Wajahmu nan indah
Persis Jeddah
Yang pernah ku lewati
Taat menjunjug al-Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah
 Tersentuh hati kudus ku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah ku duga
Bertemu seorang ulama’
Yang dicintai rakyatnya
Lalu…
Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit Cuma
 Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama’
Yang lembut… tapi tegas beribadat
Yang pengasih…namun tidak goyah
Pada percikkan kealpaan dunia
 Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu
Moga sejahtera selamanya
Memacu
Membangun Bersama Islam
Moga kita bertemu kembali
Selama berada di Kelantan, Oki juga meluncurkan buku novel terbaru beliau selepas novel pertama Melukis Pelangi di Perpustakaan Negeri Kelantan. Manakala pada pagi Jumaat Oki menghadiri kuliah mingguan Tok Guru di Medan Ilmu, Kota Bharu.
Seperti kata moderator pada malam itu, pengacara undangan dari TV Hijrah, Amim Idris, Negeri Kelantan sejak dulu menjadi tempat artis-artis yang berhijrah kepada kehidupan lebih Islami meluahkan perasaan dan isi hati mereka untuk  dikongsi bersama bagi menghidupkan dakwah Islamiyyah dan memantapkan iman.

Tahniah penganjur khususnya YB Ustaz Ahmad Bhaiki Atiqullah.